[Journal] Kawan atau Musuh?? ~> K-Pop Chingu

by - Friday, October 26, 2012


Bak kata pepatah melayu "Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain." Susah untuk kita pilih kawan sejati yang memahami perangai kita dan hati kita. Mulanya kita menganggap mereka adalah kawan sejati yang terbaik pada kita buat selamanya tetapi ia tidak seperti yang diharapkan.
Banyak alasan yang dicari apabila mereka rasa tidak puas hati dengan kita sehinggakan boleh bergaduh tanpa tahu punca yang sebenar. Ada kalanya, masalah yang remah atau kecil boleh menjadi punca pergaduhan dalam sebuah persahabatan itu.


Jika mereka rasakan yang masalah itu berpunca daripada kita 100% & masalah ini tidak perlu diselesaikan kerana ego yang tinggi maka tiada lagi persahabatan.
Persahabatan yang dijalinkan hampir 4 tahun setengah, boleh diputuskan dengan begitu senang yang ianya berpunca daripada rasa cemburu yang kuat. Jika rasa cemburu itu tidak dapat dikawal dengan baik maka ia akan mengusai kita.
Adakah perkara ini berlaku pada anda??
Secara jujurnya, ia telah berlaku pada saya, maka saya memilih cara lain untuk mendapat kawan yang mempunyai minat yang saya dengan saya.


Tidak salah jika memulakan persahabatan melalui SNS (social network system) seperti twitter, facebook dan lain-lain lagi. Kita boleh mencari kawan baru yang mempunyai minat yang sama dengan kita. Seperti saya, saya sangat meminati K-Pop dan Korea maka saya mencari kawan baru yang dikenali sebagai K-Pop Chingu.
Seronok rasanya apabila kita boleh bersembang dengan kawan baru yang mempunyai minat yang sama malah kita boleh bertukar cerita antara satu sama lain. Yang paling best, apabila kita dapat pergi ke K-Pop events bersama-sama.
Sekarang saya mempunyai ramai kawan yang latar belakang berbeza dengan saya tetapi mempunyai minat yang sama (^_^) ~ K-Pop -> K-Pop Chingu.


You May Also Like

0 comments